Pedunkel (botani)
Pedunkel (botani)

Pedunkel (botani)

Dalam botani, pedunkel, jentu atau tangkai induk ialah tangkai yang menyokong perbungaan atau bunga tunggal, atau, selepas pemfekunan, perbuahan atau buah tunggal. Jentu ini kadang-kadang mempunyai pengasuh pada bukunya. Paksi utama perbungaan di atas jentu ialah rakis. Bunga pula tiada pada jentu tetapi ada pada rakis.[1][2][3]Apabila jentu muncul dari aras tanah, sama ada dari batang udara yang termampat atau batang bawah tanah (rimpang, bebawang, umbi, umbisi), dengan beberapa pengasuh atau tiada kecuali pada bahagian berdekatan rakis atau pudung, ia dirujuk sebagai sulur.[2]Buah oak pada pokok oak berpedunkel mengeluarkan jentu yang panjang, sesuai namanya.